AJK Pas Desa Melor, Serendah

Pengerusi : Tuan Haji Azman Bin Theeran
Naib Pengerusi : Ahmad Zamri Bin Mat Arief
Setiausaha : Sdr Yusni Bin Ali
Timbalan Setiausaha : Tuan Haji Dzulkifli Bin Ismail
Ketua Pemuda : Ust. Syed Mohamad Hassan Syed Ali
Ketua Penerangan : Ust. Khairuzaman

Biro Lajnah Politik & Pilihanraya
Ketua : En. Zambri Mat Arif
Pen : En . Aziz Lebai Milin

Biro Tarbiyah & Kepimpinan
Ketua : Ust. Khairuzaman
Pen : En. Yusni Ali

Biro Ekonomi & Pembangunan
Ketua : En. Ahmad Dzulkiffle
Pen : En. Saipul Anwar

Biro Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
Ketua : En. Mohd Hanapiah
Pen : En. Zainal Agoes

Saturday, August 2, 2008

Keputusan JK PAS Pusat

Berikut adalah kenaytaan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:

PAS TOLAK TAWARAN UMNO
TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN
DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH

PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008

Jemputan Program Semasa

Pengumuman

Pas Desa Melor akan menganjurkan program mengimarahkan surau di Kampung Ulu Melaka( Kampung Orang Asli ) Serendah.

Tarikh : 02-08-2008 ( 1 Syaaban 1429H )

Masa : Maghrib

Atucara :

Solat Maghrib berjemaah

Baca Yassin & Tahlil

Tazkirah

Solat Isyak berjemaah

Jamuan makan.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Friday, July 11, 2008

Mengimarahkan surau

MENGIMARAHKAN SURAU KAMPUNG ORANG ASLI

TARIKH : 10HB JULAI 2008 ( 7HB REJAB 1429 )

TEMPAT : SURAU KAMPUNG ULU MELAKA ( KG. ORANG ASLI ) , SERENDAH

MASA : SOLAT MAGHRIB

Majlis ini bertujuan mengimarahkan surau di perkampungan orang asli disamping merapatkan hubungan sesama kita jiran tetangga.. Kedatangan pihak kita di sambut oleh beberapa penduduk orang asli dengan diketui oleh Ustazah Sabariah dari JAKIM .

Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaan dan diikuti oleh bacaan yassin dan tahlil diketuai oleh Ustat Khairuzaman.

Tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustat Khairuzaman menyentuh Suruh Yassin Ayat 58 .

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut “SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM ” diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.















Solat Hajat Perdana

SOLAT HAJAT PERDANA DESA MELOR/ ANGGERIK

TARIKH : 29HB JUN 2008 ( 25 JAMADILAKHIR 1429)

TEMPAT : MEDAN PASAR MALAM, DESA MELOR

MASA : 9.30 MALAM.

Tujuan kita mengadakan solat hajat ini adalah untuk memohon kesejahteraan kawasan tempat tinggal dari beberapa siri bencara seperti pecah rumah, kecurian juga jenayah kecil.


Persiapan akhir yang dibuat tak kala masih gerimis.

Solat hajat ini telah diimamkan oleh Ustat Khairuzaman dan jemaah hampir 80 orang.



* Tiada gambar solat kerana semua jemaah khusus mendirikan solat.

Saturday, May 17, 2008