AJK Pas Desa Melor, Serendah

Pengerusi : Tuan Haji Azman Bin Theeran
Naib Pengerusi : Ahmad Zamri Bin Mat Arief
Setiausaha : Sdr Yusni Bin Ali
Timbalan Setiausaha : Tuan Haji Dzulkifli Bin Ismail
Ketua Pemuda : Ust. Syed Mohamad Hassan Syed Ali
Ketua Penerangan : Ust. Khairuzaman

Biro Lajnah Politik & Pilihanraya
Ketua : En. Zambri Mat Arif
Pen : En . Aziz Lebai Milin

Biro Tarbiyah & Kepimpinan
Ketua : Ust. Khairuzaman
Pen : En. Yusni Ali

Biro Ekonomi & Pembangunan
Ketua : En. Ahmad Dzulkiffle
Pen : En. Saipul Anwar

Biro Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
Ketua : En. Mohd Hanapiah
Pen : En. Zainal Agoes

Monday, September 15, 2008

Umno akan bergolak

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak".

"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang.

Sambil menyatakan rasa gembiranya kerana Umno akan bergolak, Nik Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam merupakan "langkah yang terbaik".

"Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham.

"Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertinya dia (Tun Mahathir) masuk ni betul untuk serang secara berdepan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum, Nik Abdul Aziz berkata keputusan itu tidak wajar dilakukan oleh Umno sebaliknya ianya perlu diputuskan oleh kerajaan.

"Sepatutnya bukan parti bertindak tetapi kerajaan perlu bertindak. Kalau orang lain sudah kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nampak macam pilih kasih," katanya.

Monday, August 18, 2008

Kebenaran atau keraguan



Selepas "Sumpah Laknat" yang dibuat Mohd Saiful Bukhairy bin Azlan pada 15 Ogos lalu, timbul pula bermacam-macam cerita bagi merencahkan lagi episod yang menarik perhatian bukan sahaja rakyat negara ini malah menjadi tumpuan seluruh negara. Antara beberapa cerita menarik yang menjadi perbualan rakyat sekarang mula timbul ialah:-

1. Sudah ada ura-ura Mahkamah Sesyen berhak meminda pertuduhan terhadap Anwar iaitu Seksyen 337B (iaitu kesalahan hubungan seks luar tabii suka sama suka) kepada Seksyen 337C (rujuk laporan berita perdana 16 Ogos).

2.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan Saiful adalah sesuatu yang bodoh serta tidak mengikut lunas Islam. Bagi kita orang Islam kita ada li'an. Li'an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri. "Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah. Menurut Abdul HAdi, pada hakikatnya Mohd Saiful tidak perlu melakukan sumpah menggunakan al-Quran kerana berliau sendiri tidak memahami kandungan kitab suci itu.

3. Menurut Dr. Haron Din pula sumpah "muhabahalah" ini yang sepatutnya dilakukan oleh DSAI iaitu orang yang kena tuduh. Orang yang menuduh tak perlu bersumpah tetapi mesti membawa saksi lengkap untuk menuduh orang yang kena tuduh.(klik)

4. Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas DSAI adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.
Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?"

5. Kata Saiful diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008 sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan terhadap Anwar, apabila akhbar utama melaporkan pada akhir Jun dan awal Julai lalu, bahawa Saiful mendakwa diliwat beberapa kali oleh penasihat PKR itu, kali terakhir pada 26 Jun lalu, di sebuah kondominium di Damansara. Najib Tun Razak mengakui Saiful datang bertemunya pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008?

6. Jawab Saiful: akan saya jawab di mahkamah.... itu pun akan saya jawab dimahkamah... akan saya jawab dimahkamah..... semuanya nanti akan saya jawab dimahkamah... tunggu nanti saya akan jawab dimahkamah.... ehhh berapa banyak mahkamah daa....!!!

Sumber : http://kulatlapok.blogspot.com

Monday, August 11, 2008

Apabila Belanda diberi tanah


Saya difahamkan dalam satu kenyataan seorang pegawai Bar Council sebelum forum “Memeluk Islam” yang mereka anjurkan Sabtu lalu, menyebut bahawa forum itu nanti tidak akan mempertikaikan Perkara 121 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi ternyata forum yang terpaksa dihentikan atas desakan NGO dan badan-badan Islam Sabtu lepas, memang ada menyebut dan membahaskan peruntukkan itu.

Posting saya yang lalu berkenaan isu ini memuji sikap mereka yang bangkit membantah perjalanan forum yang cuba mencetuskan ketegangan dan salah-faham berhubung Islam itu. Saya menyebut antara lain nama YB Sdr Zul Nordin. Saya terperanjat apabila seorang kawan minta saya mengunjungi satu blog “Rantings and Ravings”. Blog ini saya percaya milik seorang rakyat Malaysia yang bukan Islam, dalam posting beliau di

http://joshbeh.blogspot.com/2008/08/go-to-hell.html

ternyata beliau ada idea sendiri tentang protes Sabtu lepas. Berikut antara gambar-gambar yang disiarkan dalam blognya.




Dibawah gambar ini ditulus caption:
NOTE THE IDIOT IN FRONT
WITH THE FAKE BEARD
(merujuk kepada Ustaz Norazli -
EXCO Pemuda PAS Pusat - hey idiot
FYI its not a fake beard!)


Saya percaya beliau tidak mewakili semua masyarakat bukan Islam di Malaysia, tetapi bagi saya inilah sikap kurang ajar dan biadap yang mahu kita elakkan, yang tercetus apabila kita memberi tanah pada Belanda! Kerajaan perlu bertegas terutama dalam hal-hal yang membabitkan Islam, kerana ia merupakan agama rasmi negara dan agama majority rakyat di negara ini.

Sebagaimana ucapan YB Salahuddin di luar bangunan Bar Council Sabtu lepas, kita (masyarakat) Islam tidak pernah menganggu atau mencampuri urusan yang bukan Islam, rumah ibadat mereka, kepercayaan mereka, lantas mereka juga diharapkan agar jangan begitu terhadap kita.

Tidak ada siapa di Malaysia yang dipaksa memeluk Islam, tetapi apabila telah memeluk Islam, ada segelintir kecil berhadapan dengan masalah, lalu menimbulkan konflik. Oleh kerana mereka telah dengan rela memeluk Islam maka mereka bertanggungjawab menerima peraturan Islam bagi menyelesaikan konflik mereka itu. Begitu juga dengan mana-mana individu dari kaum keluarga bukan Islam, apabila saudara mereka memilih untuk memeluk Islam, maka apabila tercetus konflik, kematian, penceraian dan seumpamanya, Islamlah yang perlu menyelesaikannya, kerana itu pilihan mereka masing-masing.

Jangan Islam disalahkan, yang bersalah adalah mereka yang mencetus dan memulakan konflik itu.

Sumber : Roslan SMS

Muslimat usul tubuh 'puteri PAS'

Dewan Muslimat PAS bercadang membawa usul menubuhkan pergerakan wanita muda seumpama Puteri Umno dalam muktamar tahunannya minggu ini.

Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi memberitahu Malaysiakini hari ini, usul menubuhkan "Dewan Muslimat Muda" telah diterima dan akan dibahaskan oleh perwakilan dewan itu.

"Besar kemungkinan usul tersebut akan dibawa ke muktamar penuh nanti," katanya, sambil menambah usul itu dibawa oleh Dewan Muslimat Melaka.

aiman atirahKeanggotaan pergerakan baru ini khusus buat mereka berusia 18 hingga 40 tahun sebagai satu lagi sayap politik untuk memantapkan perjuangan parti itu.

"Dewan Muslimat yang baru (dicadangkan) ini bukan untuk lawan sesiapa tetapi pelengkap gerak kerja PAS selama ini," kata Aiman Athirah.

Pendekatan dewan baru ini untuk membawa wawasan anak muda dengan gaya orang muda "untuk menjadikan generasi muda lebih terarah dalam politik dan pentadbiran negara", tambahnya.

Beliau menjelaskan, kira-kira 300 perwakilan termasuk barisan ahli jawatankuasa Muslimat dijangka hadir ke muktamarnya pada 14 Ogos di Ipoh.

Cadangan ini termasuk daripada lima usul yang diterima dan dibahaskan minggu ini, sementara enam lagi usul diterima tanpa perbahasan.

Dewan Muslimat sendiri membawa tiga usul - pertama menggesa kerajaan menetapkan tarikh berbeza untuk sambutan hari kekeluargaan seperti hari ibu dan hari bapa yang dianggap lebih sesuai dengan konteks Malaysia.

Aiman Athirah menambah, penetapan tarikh dan bentuk sambutan hari-hari tersebut haruslah bersesuaian dengan budaya negara kita yang tidak mengambil kira konteks khusus Malaysia.

"Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama Islam adalah agama rasmi. Adakah kita nak sambut (hari-hari tersebut) sama dengan sejarah negara-negara luar?" katanya.

Dewan Muslimat juga mencadangkan penubuhan Akademi Pembantu Rumah Tempatan untuk mengatasi kebergantungan negara kepada pembantu rumah asing.

Jelas Aiman Athirah lagi, dewan itu turut mengusulkan peranan mereka untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Dewan itu juga menerima usul untuk dibahaskan daripada Selangor berkaitan keanggotaan bukan Islam dalam PAS sebagai ahli bersekutu.

Mengenai persiapan persidangan pada Khamis ini, Aiman Athirah berkata ia berjalan lancar dan semua usul dari negeri-negeri telah diterima.

Dewan Muslimat PAS bersidang di Hotel Hill City, Jalan Gopeng, mulai jam 8 pagi.

Naib presiden parti Mohamad Sabu dijadual merasmikan persidangan dewan tersebut.

Sumber : Malaysia KIni

Thursday, August 7, 2008

Pengajaran daripada Isra’ Mikraj

  • Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.

  • Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.

  • Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.

  • Ketegasan yang ditunjukkan oleh baginda untuk menyebarkan Islam dan menceritakan Islam kepada kaumnya, inilah yang perlu diikut oleh ahli Pas dan pemimpin Pas dalam memberi tahu Islam kepada orang ramai. Sesuai dengan dasar Pas fasa 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Kita mesti beriman dengan akidah perjuangan Islam, kalau tidak apa makna kita bersama dengan Pas. Jangan ada sebesar zarrah takut untuk untuk menjelaskan Islam kepada orang ramai termasuk kepada orang kafir. Jangan ada teori mengarut kita tidak boleh menceritakan Islam takut orang bukan Islam takut dan tidak mengundi Pas. Ini adalah akidah yang silap. Dakwa golongan ini, kita kena tiru Parti AK di Turki mereka tidak bercakap tentang Islam dan mereka boleh menarik sokongan orang ramai kepada mereka. Dengan penuh hormat kepada sahabat AK Parti di Turki, kerana pendekatan yang mereka buat sesuai dengan reality yang berlaku di Turki, kesan daripada masyarakat dan sistem yang berkuasa di Turki hasil peninggalan Kamal Atartuk. Tetapi di Malaysia adalah berbeza, kerana tonggak kekuatan politik di Malaysia adalah Islam terutama di kalangan orang Melayu yang menjadi tonggak penentu politik di negara ini. Sebab itu Umno sedaya upaya akan memperkudakan orang agama untuk menyokong mereka dan mencarai dalil supaya rakyat menghalalkan apa yang Umno buat di negara ini. kerana Islam adalah faktor yang dominan dan mereka terpaksa bermain silap mata untuk mengkaburi pengundi Melayu yang mereka juga pejuang Islam di negara ini. Mereka boleh bertukar wajah apabila dalam suasana majlis sambutan agama yang berkaitan dengan Islam. Walaupun akhlak dan perangainya Allah sahaja yang tahu.

  • Jangan pula kita hendak menunjukkan terlalu liberal dalam soal Islam. Ada perkara yang dianggap prinsip dan merugikan politik Islam maka kita hendaklah tegas walaupun kita bersama dalam Pakatan Rakyat. Isu mengenai konsert Mas Idayu dan Ella pada 6hb Julai 2008 , kita menentang. Kemungkaran wajib ditegur. Isu mengenai penggunaan nama Allah dalam Bible, kita tidak bersetuju. Peluasan tapak rumah ibdah bukan Islam melebihi daripada sepatutnya kita tegas tidak bersetuju. Mereka kena menghormati Pas yang mempunyai sokongan dan organisasi yang kukuh hingga ke akar umbi. Pas bukan parti Hassan putu mayong. Ini semua tidak boleh dinafikan. Seandainya kita tidak tegas maka kita akan kehilangan sokongan dan merugikan perjuangan Pas untuk jangka panjang. Perjalanan kita masih jauh dan Pas tidak perlu gopoh untuk memetik buah yang tidak masak.

  • Pejuang Pas juga mesti jangan ada keraguan seperti mana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang tegas dan berani menerima apa sahaja yang datang daripada Rasulullah SAW. Maka kita juga perlu melangkah dengan lebih agresif untuk menyampaikan dakwah Islam terutama kepada orang bukan Islam di negeri yang kita bersama dalam kerajaan pakatan Rakyat. Kita tidak mahu di akhirat nanti orang bukan Islam mendakwa 50 tahun berkawan dengan Umno kami tidak faham Islam, dan kami juga tidak faham Islam apabila berkawan dengan Pas. Saya yakin bahawa usaha murni ini akan mendapat sambutan dari kalangan orang bukan Islam, seandainya kita begitu gigih. Kekalutan dan kegawatan yang berlaku dalam negara pada hari ini seperti soal rasuah di kalangan pemerintah, krisis keyakinan kepada institusi kehakiman, institusi kepolisan, krisis moral di kalangan generasi muda, pengangguran, pembaziran, tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan banyak lagi segala ketempangan yang berlaku dalam negara kini. Kesemuanya ini perlu kepada penyelesaian daripada kita sebagai pejuang Pas menurut acuan Islam.